Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

PETUA MUDAH BERSALIN

Walaupun ida dah selamat melahirkan....tapi ida still nak berkongsi petua yang ida dapat dari saudara-mara ida untuk memudahkan bersalin...dan semua bahan-bahan  ni telah di sponsor dari pelbagai pihak...hehehehe....bah kata diaorang....kita berusaha tapi yang menentukan hanya ALLAH SWT...kena la jugak berdoa semoga dipermudahkan oleh-Nya......


Akar fatimah ni cousin ida yang bagi....dia dapat pun time ida nak bersalin tahun lepas...ada kawan dia beli dari Mekah....dia cakap rendam akar ni masa dah start sakit dan minum air rendaman tu...dan kita jugak boleh tengok akar ni mengembang...katanya akar ni kembang sama dengan kekembangan bukaan kita tu la....kira boleh cepatkan proses bersalin....akar ni nanti bila dah bersalin...dia kecut balik n kita keringkan dan boleh digunakan balik untuk anak seterusnya...seterusnya????.... (-_-")


Telur ayam kampung ni pulak mak saudara ida bawa dari kampung....katanya...nanti bila dah pecah air ketuban....campurkan telur ayam kampung ni dengan teh pekat...supaya nanti senang baby nak keluar...kira telur tu jadi macam pelincir la....

Air zam-zam dan kurma ni pulak kakak ipar ida yang bagi untuk bagi tenaga masa nak bersalin....katanya...minum air zam-zam ni dan makan buah kurma ni masa kat dalam labour room supaya dapat tenaga untuk nak push baby nanti.....

Wahhh...macam-macam yang nak kena ida ambik ni sebelum bersalin...hehehehe....time sebelum bersalin ada jugak ingat...kalau ambik ni semua.....kalau xsenang bersalin saja la....hehehe....

Alhamdulilah....ida dah pun selamat melahirkan....tapi nak taw apa yang ida sempat makan n x sempat makan....kena la tunggu entry selanjutnya....  =D


5 comments:

  1. nnti cite la lagi.barang2 tu semua sy ada kecuali telur ayam kampung,.ihiihihi.mak sy dulu telan telur ayam biasa.kalo xde telur ayam kg pon boleh ganti ngan telur ayam biasa kan.oh.yg akar fatimah tu better rendam dalam bekas yang besar ke ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur ayam biasa pun boleh jugak n kalau x campur dengan teh pekat pun xpe...campur dgn madu pun boleh...mayb sedap sikit kot...hehehe....akar fatimah tu ida rendam dalam bekas air je...sebab dah xsempat dah nak cari bekas besar time tu...nnt ida cite knp xsempat...kena la tunggu......

      Delete
  2. Replies
    1. ok...tengah mengarang entry ni...tunggu k... =D

      Delete
  3. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    ReplyDelete