Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 25, 2012

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN

Alhamdulilah.....kandungan ida dah masuk 35minggu kira dah nak sampai tempoh berjaga-jaga dah ni.......rasa macam xcaya pulak dah nak beranak....tapi kadang-kadang terfikir jugak macam mana la gaya nya nak beranak nanti...ada macam dalam drama melayu tu x???hehehehe.....

masa ni 32minggu....dah nampak besar kan...sekarang lagi la besar...

so untuk persiapan buat diri sendiri...ida pun google la tanda-tanda hampir bersalin......dari mana ida ambik lupa kat mana...harap di halalkan pekongsian ni.....

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut  
-  mak ada cakap perut ida dah turun dah....macam dah hampir dah nak bersalin n semua tanda-tanda kat atas ni semua ida dah alami....
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. 
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- lendir pekat dah start ada dah sekarang ni....doktor minta selalu tukar underwear n jaga kebersihan 'bahagian' tu sebab takut jangkitan kuman sampai ke baby tapi yang lendir campur darah tu xder lagi la...

Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. 
- sakit belakang memang ida ada alami...tambah-tambah time tido memang rasa sangat...nak tukar position tido pun agak susah...tapi bila siang n ida ada buat keje umah or jalan-jalan, sakit belakang xrasa sangat..sebab tu orang-orang tua pesan banyakkan jalan bila dah nak dekat bersalin.. 

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. 
- yang ni kalau dah jadi confirm dah masuk labour room dah....hehehehe

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
 - yang ni ida rasa sekejap je kira sehari ada la dalam 2 3 kali...kalau sempat next entry ida citer pasal ni k...tengah kumpul maklumat ni......

Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • 

2 comments:

  1. takutnya menanti kelahiran bayi kali ni.patut dah masanya dah arini,21.7.12,kalo ikut tarikh yg docter bagi.tapi baby tak nak kuar ari ni,tanda2pun takde gi,ina risau sangat pasal kondisi kesehatan ina nipun tak berapa ok.ina lumpuh kaki n tangan kiri.tapi dah boleh gerak dah kaki n tangan kiri ina ni.ina terkena strok masa mengandung 20minggu.yaALLAH percepatkanlah dan permudahkanlah persalinan hamba ini.jgn sampai kne opret ...amiin

    ReplyDelete