Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

DOA & ZIKIR KETIKA HENDAK BERSALIN

Alhamdulilah....ida dah masuk 9 bulan....perasaan sekarang sangat la tidak sabar untuk bersalin ni...excited sangat...kalau nak memikirkan saat-saat nak bersalin tu memang la agak scary la kan tapi ida berfikir positif je ni....

ida pun mengoogle kan diri untuk persiapan bersalin nanti...banyak jugak yang ida dapat...tapi bila fikir balik ni semua kehendak Allah....apa pun yang kita dah buat hanya Allah yang menentukan...sebagai hamba-Nya hanya mengharapkan kemudahan dan keselamatan yang dipohon kepada Yang Maha Esa...

doa dan zikir ni ida ambil dari http://doamommyutkmu.blogspot.com
dalam blog ni banyak lagi doa yang boleh diamalkan...harap dihalalkan pengkongsian ni.....


Semoga dengan amalan berterusan, dipermudahkan proses utk melahirkan zuriat tersayang.

Selain dari ayat2 lazim, zikir yang berterusan dan doa2 petikan dari Al-Quran, untuk memudahkan proses ketika mula sakit bersalin;

Bacalah ayat Kursi
Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus(makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.



Baca juga Surah Al-A’raaf ayat 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy, ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.


Kemudian, amalkan baca Surah Al-Insyiqaq, Ayat 1-5 (jika mampu, baca keseluruhan surah)




(1) Apabila langit terbelah (2) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh (3) dan apabila bumi diratakan (4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong (5) dan patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya)


Selain daripada itu, amalkan doa Nabi Yunus;
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim



Ketika mula sakit hendak bersalin, perbanyakkan tasbih dan zikir
Maha Suci Allah
Aku memohon ampun kepada Allah


Bila saat-saat hendak bersalin, boleh la dibaca

Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah

Friday, January 27, 2012

PACKING-PACKING..!!!

selama ni yang ida tahu baju n lampin baby sebelum pakai kena la basuh dulu....tapi banyak juga la pantang nya kalau nak basuh baju baby ni.......ni pun mak mertua yang bagi taw....xtaw la betul ke x, tapi dah orang tua-tua cakap dengar je la....xrugi pun....antara pantang larang nak basuh baju baby ni....
  • basuh baju kena guna tangan je n guna pencuci khas untuk baju baby..
  • xboleh rendam lama-lama baju tu, takut baby nanti kembung
  • xboleh perah baju macam perah baju kita..kena picit-picit je..kalau perah kuat-kuat baby nanti mengeliat lebih-lebih pulak
  • xboleh jemu kat tengah panas nanti badan baby naik ruam..kena jemu dalam rumah je...
    
    lampin baby yang telah dibasuh n dijemu di luar rumah...dan akhirnya ibu dimarahi oleh bapak mertua sebab jemu kat luar n ibu kena basuh sekali lagi dan jemunya di dalam rumah....demi baby basuh banyak kali pun xpe...janji baby selesa memakainya nanti.....huhuhuhuuuhu
    
baju baby yang dah siap dibasuh n dilipat ida masukkan semua nya dalam bakul baju nanti senang nak cari, letak satu tempat je.....lagi pun nanti nak balik kampung angkut bakul tu je.....xyah nak kemas masuk beg bagai kan....bawa je semua....almaklum la kampung jauh kan.....nanti bila baju baby dah banyak baru fikir beli almari baru untuk simpan baju baby yang banyak tu......
 
dari lampin, selimut n baju baby semua ada dalam bakul ni

muat-muat je masuk semua baju baby.....
 tapi tu citer nak balik kampung la.....sebelum nak balik kampung kena jugak packing baju baby untuk bawa g hospital nanti.....disebabkan ida bersalin kat private hospital so xperlu nak bawa barang baby banyak sangat sebab kat sana diaorang dah sediakan.....just bawak baju baby time nak keluar hospital je.....ida tahu pun sebab biras ida pun bersalin kat hospital yang sama....dia la yang bagi tahu benda yang patut dibawa...barang baby n barang ibu semua dalam 1 beg, senang...apa-apa angkut jer beg tu.....


antara barang baby yang telah dimasukkan dalam beg :-
  • 2 pasang baju baby
  • barut baby
  • 2 pasang sarung tangan n kaki
  • topi
  • selimut baby
  • towel kecil
barang ibu pun kena kemas jugak...walaupun hospital dekat tapi baik bawa....barang ibu pun xbanyak sangat bawa sebab selama stay kat hospital memang pakai baju hospital je....ni pun bawa untuk keluar hospital nanti....kalau xbawa pun xpe sebab boleh pakai baju yang masa kita datang hospital....ni just standby je....

  • kain batik
  • baju t-shirt
  • stokin
  • maternity pad ( ni hospital akan bagi tapi bawa lebih buat standby)
  • losyen mustajab ( bilik ada air-cond so better bawa bagi panas sikit badan)
  • pakaian dalam
  • barang mandian
  • charger & handphone ( wajib bawa )

Wednesday, January 25, 2012

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN

Alhamdulilah.....kandungan ida dah masuk 35minggu kira dah nak sampai tempoh berjaga-jaga dah ni.......rasa macam xcaya pulak dah nak beranak....tapi kadang-kadang terfikir jugak macam mana la gaya nya nak beranak nanti...ada macam dalam drama melayu tu x???hehehehe.....

masa ni 32minggu....dah nampak besar kan...sekarang lagi la besar...

so untuk persiapan buat diri sendiri...ida pun google la tanda-tanda hampir bersalin......dari mana ida ambik lupa kat mana...harap di halalkan pekongsian ni.....

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut  
-  mak ada cakap perut ida dah turun dah....macam dah hampir dah nak bersalin n semua tanda-tanda kat atas ni semua ida dah alami....
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. 
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- lendir pekat dah start ada dah sekarang ni....doktor minta selalu tukar underwear n jaga kebersihan 'bahagian' tu sebab takut jangkitan kuman sampai ke baby tapi yang lendir campur darah tu xder lagi la...

Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. 
- sakit belakang memang ida ada alami...tambah-tambah time tido memang rasa sangat...nak tukar position tido pun agak susah...tapi bila siang n ida ada buat keje umah or jalan-jalan, sakit belakang xrasa sangat..sebab tu orang-orang tua pesan banyakkan jalan bila dah nak dekat bersalin.. 

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. 
- yang ni kalau dah jadi confirm dah masuk labour room dah....hehehehe

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
 - yang ni ida rasa sekejap je kira sehari ada la dalam 2 3 kali...kalau sempat next entry ida citer pasal ni k...tengah kumpul maklumat ni......

Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • 

Saturday, January 7, 2012

BABY'S GENDER


dah scan ker??
baby ape ye???


ni memang dah jadi macam soalan wajib bila tengok ibu mengandung yang telah memboyot....ida pun memang dah kerap sangat di tanya soalan macam tu...dan ida sendiri pun bila tengok orang memboyot ida pun akan tanya soalan yang sama...biasa la kan....bah kata orang soalan lazim la tu...hehehe

entry kali ni bukan pasal scan ke apa ke....saja nak berkongsi pasal ramalan n tekaan orang yang pernah ida dengar sepanjang ida mengandung ni....orang cakap ada yang sesetengah orang pandai tengok jantina baby bila tengok bentuk perut la, tanda-tanda kat badan la dan macam2 lagi....so ida nak la jugak bagi tau apa yang pernah ida dengar.....

kalau baby boy
 - bentuk perut akan lebih memboyot kehadapan...kira kalau tengok dari belakang memang x macam orang mengandung
 - kat sekitar leher jadi hitam macam ada daki tapi bila disental pun xakan hilang
 - sepanjang mengandung suka makan makanan yang manis2 n suka makan seafood
 - bila pegang baby boy yang lain mesti dia nangis tapi bila pegang baby girl dia senyap je

kalau baby girl
 - bentuk perut tu akan mengembang dari tepi ke tengah....kira memboyot tu xketara sangat la...
 - suka makan benda yang pedas2 n masam2
 - suka mekap n pakai cantik2
 - bila pegang baby boy yang lain dia senyap jer tapi bila pegang baby girl mesti dia nangis

ni diantara yang ida pernah dengar la....tapi kalau nak tahu lebih tepat kena la scan kan...tapi kadang-kadang tu scan tengok lain, keluar nye lain...mana-mana pun janji baby yang dilahirkan tu sihat pun dah alhamdulilah dah kan.....

ida pun ada jugak petua-petua yang ida ada jugak dengar2 untuk menentukan jantina baby yang kita nak..

 - semasa "berusaha" untuk mendapat anak, selepas bersama dengan suami jangan terus bangun tapi terus mengiring ke kanan kalau nak dapat baby boy dan mengiring ke kiri kalau nak baby girl.
 - selalu la makan seafood untuk dapat baby boy n makan yang masam2 untuk dapat baby girl

tapi tanda2 dan petua ni hanya sekadar ramalan dan usaha kita jer la....yang menentukan dan menetapkan hanya lah Allah SWT Yang Maha Kuasa....kita sebagai hamba Nya harus bersyukur dengan kurniaan yang diberikan n berdoa yang terbaik untuk diri, suami serta bayi dalam kandungan.....Amin.....