Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 4, 2011

POLIHIDRAMNIOS

wahhh....begitu scientific sekali tajuk entry ida kali ni.....mesti teruja nak taw kan, kejutan apa yang ida taw lepas check up yang lepas...ada ker yang teruja di sana???...ada kan...hahahha...perasaan jer pun ida ni....

ok...berbalik kejutan dengan scientific entry ida ni...memang sangat berkaitan....POLIHIDRAMNIOS ni dalam erti kata orang melayu...air ketuban berlebihan....mula-mula tu cuak jugak dengar...siap doktor minta rujuk pakar bagai.....tapi bila ida tanya baby okay ke x..alhamdulilah doktor cakap baby normal....fuhhhh....lega sangat....

sebab tu la doktor cakap perut ida besar...memang pun...sampai bila jumpa orang mesti orang  akan cakap macam dah nak tunggu ari je nak bersalin....tapi alhamdulilah ida rasa macam biasa je just kadang-kadang bila jalan banyak sangat mesti kaki n pinggang sakit-sakit....nak buat camne kan dah memang suka jalan-jalan kan....lagi pun orang tua cakap elok kalau ibu mengandung ni banyak jalan..nanti senang nak bersalin.....amin....minta-minta la dipermudahkan.....

pasal punca air ketuban banyak ni ida pernah jugak dengar orang tua-tua cakap...xboleh mandi malam-malam sebab nanti air ketuban jadi banyak..ida pun ada jugak la ikut...nak kata selalu mandi malam xder pun...kul 6.30pm mesti dah mandi...so ida pun google la jugak pasal air ketuban ni...ni antara masalah kalau air ketuban banyak....

Masalah yang timbul sekiranya air ketuban banyak atau polihidramnios ialah:

1. Kedudukan bayi tidak stabil. Ini bermaksud bayi akan selalu bertukar-tukar posisi seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.

2. Kandungan nampak terlalu besar, berat dan kesannya kepada tulang belakang amat ketara. Ini membuatkan kita berasa amat tidak selesa pada akhir-akhir kandungan.

3. Risiko pramatang tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal. Anak pramatang mempunyai masalah masalahnya tersendiri.

4. Risiko pembedahan caesarean adalah tinggi kerana kedudukan bayi yang tidak tetap dan tali pusat bayi terjulur keluar sebelum bayi dilahirkan.

5. Polihidramnios dikaitkan dengan bayi yang mempunyai kecacatan. Ini boleh dikesan dengan ultrasound. Diabetes juga menyebabkan air ketuban banyak dan ini memerlukan ujian darah. Ini adalah beberapa masalah yang boleh timbul sekiranya air ketuban banyak. Air ketuban tidak dapat dikurangkan ketika hamil. Ada sekali sekala air ketuban terlalu banyak sehingga menyukarkan ibu bernafas, berjalan dan sebagainya. Maka air ketuban dikeluarkan daripada rahim dengan jarum seperti mengambil darah.



adoyaiii....banyak jugak risiko nya kan...maybe next week ida kena jumpa pakar kat Hospital Klang pasal hal ni...hope xder apa yang serius sangat.....doakan kesihatan ida dengan baby k...  =D

1 comment:

  1. afie jarang dgr air ketuban byk..sbb slalu dgr air ketuban kurang..berpinar rsenye ble kita dpt tau perkara2 yang terduga mcmnie..walaupon kes kita tak sama tp same2 la kita bdoa agar baby n kita selamat..amin..

    ReplyDelete